Syarat dan peraturan lelong adalah seperti berikut:-
  • Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
  • Pembida yang berminat untuk menyertai lelongan, perlu mendaftar dengan Pegawai Pelelong dengan memberikan nama penuh dan No. Kad Pengenalan kepada Pegawai Pelelong serta membayar deposit sebanyak 5% daripada harga simpanan atau maksimum RM1,000 (berdasarkan keperluan lelongan).
  • Penawar harga tertinggi adalah pembida yang berjaya dan jika ada apa-apa perselisihan yang berbangkit mengenai penawar yang tertinggi, aset berkenaan akan dilelong semula atau lain-lain keputusan yang akan dimaklumkan oleh urusetia.
  • Jabatan berhak menarik balik mana-mana aset daripada senarai tersebut.
  • Semua aset adalah dilelong sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is-basis).
  • Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
  • Semua perbelanjaan bagi mengangkut aset hendaklah ditanggung oleh pembida sendiri.
  • Pembida yang berjaya hendaklah memberitahu nama penuh dan no. Kad Pengenalan kepada Pegawai Pelelong semasa jualan dilakukan.
  • Pembayaran penuh hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan atau pada suatu masa yang ditetapkan oleh pihak urusetia.
  • Pembida yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh lelong. Jika tidak, Jabatan berhak untuk melupuskannya
  • Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum aset boleh dikeluarkan dari premis Jabatan.
BORANG AKU JANJI PEMBIDA Saya, seperti mana nama dan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan adalah dengan ini bersetuju dengan syarat dan peraturan jualan lelongan serta memperakui bahawa:
  • Saya telah mendaftarkan diri sebagai pembida secara rasmi di Kaunter Pegawai Pelelong/secara atas talian.
  • Saya tidak akan melibatkan diri saya dalam mana-mana amalan rasuah dengan mana-mana pihak yang terlibat sama ada langsung atau tidak langsung dalam jualan lelongan aset alih ini.
  • CIDB tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang dijual. Semua perbelanjaan mengangkut aset dan kos berkaitan hendaklah ditanggung oleh saya sendiri.
  • Tidak akan meletakkan dan menggunapakai aset yang berjaya dibida di semua premis CIDB.
  • Sekiranya berjaya dalam sesi bidaan, saya akan menjelaskan amaun penuh mengikut harga bidaan yang ditawarkan. Jika saya menarik diri dan enggan meneruskan proses bidaan selepas keputusan lelongan diumumkan, saya perlu menjelaskan lima puluh peratus (50%) daripada keseluruhan harga bidaan yang saya tawarkan atau lain-lain keputusan yang difikirkan wajar oleh pihak urusetia.
  • Saya akan menjelaskan pembayaran dan mengambil aset pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Kegagalan saya berbuat demikian sekaligus membolehkan CIDB untuk mengeluarkan dan melupuskan aset yang berjaya dibida tetapi tidak diambil daripada premis lelongan
  • Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya melanggar mana-mana terma dalam Borang Aku Janji Pembida ini, saya boleh dikenakan tindakan daripada urusetia pelupusan.